Unit Peperiksaan
- Details
- Shamsul bin Mazalan
- Hits: 2684
Mengenai Kami
PENGENALAN
Unit Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan serta menyediakan Sijil/Diploma/Transkrip Akademik kepada lulusan berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik.
Urusan di Unit Peperiksaan merangkumi,
- Pindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (CTCE)
- Permohonan Pindahan Kredit Dan Pengecualian Kursus (CTCE) perlu dibuat dalam tempoh TIGA (3)minggu pertama sesi pengajian.
- Bagi tujuan permohonan, pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan terdahulu yang telah disahkan.
- Urusan mendapatkan maklumat kursus yang dimohon untuk tujuan pemetaan adalah tanggungjawab pelajar.
- Pelajar perlu mengemukakan permohonan melalui pegawai yang dilantik oleh jabatan masing-masing.
- Permohonan yang TIDAK lengkap akan ditolak.
- Memperbaiki Gred Kursus
- Pelajar dibenarkan untuk memperbaiki gred kursus hanya SATU (1)kali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi mana-mana kursus yang mendapat lulus dengan gred C-, D+ atau D.
- Permohonan adalah melalui jabatan masing-masing.
- Tatacara permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit oleh lulusan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (LINK)
- Surat Akuan Tamat Pengajian
- Surat akuan tamat pengajian boleh diakses dan dimuat turun sehingga tarikh majlis konvokesyen graduan sesi semasa melalui SPMP pelajar.
- Pastikan sesi di SPMP ditukar dahulu ke sesi tamat pengajian pelajar.
- Sijil/Diploma/Transkrip Akademik bagi graduan (selepas Majlis Konvokesyen)
Permohonan Sijil/Diploma/Transkrip Akademik perlu mengemukakan borang permohonan yang lengkap kepada Unit Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Borang permohonan perlu diserah tangan atau diposkan ke alamat:
UNIT PEPERIKSAAN
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
KM 1, JALAN PANCHOR
84600 PAGOH, MUAR,
JOHOR.
Sebarang penghantaran melalui emel tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.
Bagi penghantaran permohonan atau tuntutan melalui wakil, surat wakil dan salinan kad pengenalan wakil wajib disertakan.
Semua dokumen yang dinyatakan dalam borang permohonan adalah wajib dan perlu disahkan.
- Bagi graduan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail yang tidak hadir majlis konvokesyen dan belum menuntut Sijil/Diploma/Transkrip Akademik. (LINK)
- Transkrip/Sijil akademik graduan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
- Kehilangan transkrip/Sijil asal
- Kerosakan transkrip/Sijil asal
- Pembayaran bagi permohonan mengikut kes:
- Bagi kes 1, pembayaran boleh merujuk kepada tatacara konvokesyen.
- Bagi kes 2dan 5.3, pembayaran secara Wang Pos / Kiriman Wang atas nama “PENGARAH POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL” sahaja. Sekiranya menggunakan Wang Pos, sila lengkapkan semua maklumat pemohon di sebelah belakang Wang Pos seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan tujuan.
- Bagi kes kehilangan dan kerosakan Sijil/Diploma/Transkrip Akademik asal, Repot Poliswajib disertakan.
- Permohonan Transkrip Akademik bagi graduan yang belum menghadiri majlis konvokesyen
- Graduan perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Unit Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail untuk tuntutan awal transkrip akademik.
- Graduan boleh menghantarkan surat yang telah ditandatangan hidup beserta salinan kad pengenalan (wajib) melalui pengeposan mengikut alamat seperti pada bahagian 5 atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Bagi penghantaran permohonan atau tuntutan melalui wakil, surat wakil dan salinan kad pengenalan wakil wajib disertakan.
- Permohonan yang tidak disertakan salinan kad pengenalan tidak akan dilayan dan tidak akan proses.
- Tempoh pemprosesan adalah selama 30 haridari tarikh terima permohonan di Unit Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
- ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (DIPLOMA) EDISI 6, JUN 2019 (LINK)
- TATACARA PERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA PENGHANTAR BAGI TUJUAN PERMOHONAN KE UNIVERSITI/IPTA/IPTS OLEH PELAJAR LULUSAN POLITEKNIK (LINK)
** Permohonan semua dokumen daripada Unit Peperiksaan melalui pihak ketiga tidak akan dilayan. **