Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
- Details
- Shamsul bin Mazalan
- Hits: 2487
Mengenai Kami
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di PTSN. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. UNIT PENGAMBILAN & DATA
Fungsi Unit Pengambilan & Data adalah seperti berikut:-
- Mengurus proses permohonan kemasukan ke politeknik
- Mengurus proses pendaftaran pelajar
- Menyediakan & menguruskan kad matrik pelajar (kad pintar)
- Menyimpan & menyelenggara rekod dan data pelajar (fail peribadi)
- Mengurus permohonan pergerakan pelajar. (pertukaran program/pertukaran politeknik/penangguhan/pertukaran jenis program dan pemberhentian pengajian) **
** Nota:
- Permohonan pertukaran politeknik boleh dibuat SELEPAS 2 bulan mendaftar atas sebab kesihatan dan ianya tertakluk kepada kekosongan tempat di politeknik tersebut.
- Permohonan pertukaran program atau jenis program bagi pelajar semester satu boleh dibuat DALAM TEMPOH 1 bulan mendaftar (dari tarikh rasmi pendaftaran pertama politeknik) tertakluk kepada kelayakan akademik pelajar dan kekosongan tempat.
2. UNIT KEBAJIKAN & DISIPLIN
Fungsi Unit Kebajikan & Disiplin adalah seperti berikut:-
- Menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar.
- Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), serta kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar.
- Bertindak sebagai urus setia tatatertib pelajar yang memantau disiplin dan perlakuan sosial pelajar.
3. UNIT SUKAN & KOKURIKULUM
Kokurikulum di politeknik meliputi segala kegiatan di luar bilik darjah seperti polibriged, sukan, pasukan uniform, kelab dan persatuan. Ia merupakan satu bidang pembelajaran yang menekan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.
Bahagian Sukan
- Menguruskan aktiviti dan program sukan yang melibatkan pelajar.
- Mengumpul maklumat sukan pelajar yang boleh diketengahkan di peringkat IPT.
- Memastikan kemudahan dan peralatan sukan disediakan dan diselenggarakan dengan baik dan berkesan
Pelaksanaan pengurusan disiplin pelajar PSA adalah tertakluk kepada Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976), Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Garis Panduan Sistem Mata dan Bonus.
Objektif Kualiti Disiplin
Memastikan peratusan pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib kurang daripada 1% dalam satu tahun di mana tindakan tatatertib ini hanya merujuk kes yang melibatkan prosiding atau didakwa oleh mahkamah luar melalui peruntukan akta.
Mana-mana pelajar yang dituduh atas suatu kesalahan jenayah, maka tindakan penggantungan politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(1) Akta 174 dan sekiranya pelajar didapati bersalah maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(2) akta yang sama.
Jika pelajar ditahan atau dikenakan apa-apa perintah sekatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pencegahan atau keselamatan dalam negeri maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(3) Akta 174.