Mengenai Kami
PENGENALAN
Dalam Rancangan Malaysia Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil Corporate Industrial Services Center (CISC) khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan. Tugas CISC ketika itu adalah lebih memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.
Pada tahun 2010, Corporate Industrial Services & Employability Center (CISEC) telah ditubuhkan di politeknik sebagai penambahbaikan kepada CISC dengan fungsi asal kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.
Penubuhan Unit CISEC di politeknik adalah sebagai inisiatif ke arah hubungan politeknik-industri yang lebih kukuh. CISEC akan menjadi pusat sehenti (One Stop Centre) dalam memenuhi keperluan industri yang berminat untuk bekerjasama dengan politeknik.
Melaluinya proses pemadanan keperluan tenaga kerja di industri dengan pencarian kerja graduan politeknik akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik. CISEC akan berperanan sebagai pengantara politeknik dan industri dalam menyelaras pembangunan kerjaya dan program kebolehpasaran siswazah melalui joint ownership dan akauntabiliti, tadbir urus (governance), latihan industri pelajar atau keperluan latihan.
MISI
Membentuk jalinan hubungan di antara industri dengan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar.
OBJEKTIF
- Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) dengan Industri.
- Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan PTSN.
- Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan PTSN.
- Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan PTSN ke alam pekerjaan.
- Menyelaras penempatan latihan pelajar PTSN ke industri.
- Menyelaras kajian pengesanan graduan dan alumni PTSN.
PERANAN CISEC
1) Kolaborasi Industri
Meningkatkan jaringan dan KOLABORASI dengan industri, IPTA/IPTS dan agensi luar yang ada kaitan dengan teknologi. Tumpuan kolaborasi mencakupi bidang kurikulum, latihan, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.
2) Kebolehpasaran Graduan
Menyelaras data graduan, aktiviti dan program bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan yang berfokus pada pensijilan profesional atau Sijil Industri. Juga menjadi pusat sehenti bagi mengumpulkan maklumat bakal majikan serta melaksanakan kajian pengesanan graduan.
3) Latihan Industri
Menyelaras latihan industri pelajar, data profil industri dan pelajar yang menghadiri latihan industri.
4) Kerjaya
Membantu merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan program–program kerjaya graduan seperti Karnival Kerjaya dan profiling test program. Memberi khidmat Kaunseling Kerjaya dalam perancangan dan persediaan ke alam pekerjaan.
5) 1L5G
Membantu merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan perlaksanaan projek 1L5G seperti menyelaras sesi taklimat dan pendedahan konsep projek 1L5G, mengurus pengkalan data graduan bagi projek 1L5G, menganalisis dapatan dan menyediakan laporan 1L5G.
Carta Organisasi
Garis Panduan
GARIS PANDUAN PROSEDUR PENGURUSAN DOKUMEN KOLABORASI POLYCC
1. Tujuan
Garis panduan ini disediakan adalah bertujuan untuk memberikan panduan yang jelas berkaitan tatacara pelaksanaan dan pengurusan dokumen program kolaborasi bagi semua bahagian di JPPKK atau PolyCC dengan kementerian/agensi kerajaan/pertubuhan bukan kerajaan/institusi swasta dan industri dalam atau luar negara.
2. Punca Kuasa
- AKTA 120: semua kontrak di Malaysia bagi pihak Kerajaan hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan ditandatangani oleh Menteri / pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri
- proses pemberian kuasa kepada Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Pengarah PolyCC bagi menandatangani dokumen tersebut perlu dibuat oleh JPPKK melalui Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (BDP KPT).
3. Definisi
BIL.
|
JENIS DOKUMEN
|
DEFINISI
|
1
|
Nota Kerjasama/Note of Cooperation (NoC)
|
Kolaborasi antara JPPKK atau PolyCC dengan kementerian, jabatan dan institusi kerajaan.
|
2
|
Surat Hasrat/ Letter of Intent (LoI)
|
Kolaborasi dengan
- badan berkanun,
- pertubuhan bukan kerajaan,
- institusi swasta atau
- industri dalam negara dan luar negara.
|
3
|
Memorandum Persefahaman/Memorandum of Understanding (MoU)
|
4
|
Memorandum Perjanjian/ Memorandum of Agreement (MoA)
|
4. Kategori > NoC & Lol
Makluman :
- Dokumen ini tidak mengikat pihak-pihak terlibat dari segi undang-undang.
- Dokumen ditandatangani pada peringkat awal perhubungan @ hubungan kolaborasi yang baharu hendak diwujudkan.
BIL
|
JENIS DOKUMEN
|
KATEGORI
|
SEMAKAN
|
1
|
Nota Kerjasama/Note of Cooperation (NoC)
|
dimeterai di antara JPPKK atau PolyCC dengan kementerian, jabatan dan institusi kerajaan sahaja
|
**NoC dan LoI dalam negara perlu semakan dan pengesahan Unit Kolaborasi, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK) bagi tujuan pemeteraian.
***LoI luar negara perlu semakan dan pengesahan Unit Pengantarabangsaan, Bahagian Koordinasi TVET (BKTVET) bagi tujuan pemeteraian.
|
2
|
Surat Hasrat/Letter of Intent (LoI)
|
dimeterai di antara JPPKK atau PolyCC dengan badan berkanun/pertubuhan bukan kerajaan/institusi swasta serta industri dalam negara atau luar negara untuk sesuatu tujuan yang umum
|
5. Kategori >MoU
- Suatu suratcara atau dokumen yang mengandungi butiran yang dipersetujui oleh pihak-pihak terhadap sesuatu
- Ia juga merujuk kepada suatu pernyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka.
- Pihak-pihak tidak terikat kepada implikasi kewangan, tanggungan atau liabiliti secara perundangan.
- MoU dimeterai antara JPPKK yang mewakili Kerajaan dengan badan berkanun/ pertubuhan bukan kerajaan/organisasi swasta/industri dalam dan luar
- Bahagian di JPPKK atau PolyCC selaku penyelaras MoU perlu mengemukakan cadangan permohonan MoU melalui Unit Kolaborasi, BKIK.
6. Kategori >MoA
- Suatu suratcara atau dokumen yang mewujudkan ikatan undang-undang di antara pihak-pihak berdasarkan kepada balasan atau perjanjian yang dibuat.
- Pihak-pihak adalah terikat kepada tanggungjawab, obligasi dan liabiliti yang telah dipersetujui secara bersama.
- Sebarang pelanggaran terma dalam MoA akan membolehkan pihak yang satu lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat pelanggaran tersebut.
- MoA dimeterai antara JPPKK dengan badan berkanun/pertubuhan bukan kerajaan/ organisasi swasta/industri samada dalam atau luar.
- Bahagian di JPPKK atau PolyCC selaku penyelaras MoA perlu mengemukakan cadangan permohonan MoA melalui Unit Kolaborasi, BKIK.
7. Proses Permohonan > Dalam Negara
BIL.
|
JENIS KOLABORASI
|
PROSES PERMOHONAN
|
1.
|
LoI atau NoC
|
• Mengemukakan permohonan kepada Unit Kolaborasi, BKIK dengan menggunakan Borang Permohonan (Lampiran 1) draf LoI (Lampiran 2) atau draf NoC (Lampiran 3)
• Permohonan dikemukakan samada melalu emel atau atau kiriman surat kepada urus setia di BKIK sekurang-kurangnya EMPAT BELAS (14) hari bekerja.
|
2
|
MoU atau MoA
|
• Kolaborasi bersama rakan kerjasama dari dalam negara yang menggunakan Borang Permohonan
(Lampiran 1), dokumen MoU (Lampiran 4) atau MoA (Lampiran 5).
• Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya ENAM PULUH (60) hari atau DUA (2) bulan sebelum pemeteraian boleh dibuat kepada Unit Kolaborasi, BKIK bagi tujuan saringan dan penilaian awal.
• Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan bersama-sama dokumen berkaitan iaitu surat iringan, slaid pembentangan, Borang Permohonan dan Draf MoU atau MoA yang dihasratkan samada melalui emel atau serahan/kiriman dokumen.
• Permohonan diangkat kepada Jawatankuasa Teknikal Penilai Dokumen Kolaborasi JPPKK dan seterusnya Jawatankuasa Induk Penilai Dokumen Kolaborasi JPPKK untuk pertimbangan dan kelulusan.
• Sekiranya permohonan dipersetujui oleh jawatankuasa, Draf MoU/ MoA akan dipanjangkan kepada Unit Undang-Undang (UUU) KPT melalui BKTVET bagi tujuan semakan, penelitian dan ulasan dalam perspektif perundangan sebelum dimeterai oleh pihak yang terlibat.
|
8. Proses Permohonan > Luar Negara
- Bagi permohonan program kolaborasi luar negara yang menggunapakai dokumen LoI, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan (Lampiran 1) dan draf LoI (Lampiran 2) kepada Unit Kolaborasi,
- Seterusnya proses semakan oleh Unit Pengantarabangsaan, BKTVET samada melalui emel atau kiriman surat sekurang-kurangnya EMPAT BELAS (14) hari bekerja sebelum pemeteraian boleh dibuat bersama rakan kerjasama.
***Tempoh yang mencukupi bertujuan untuk memastikan dokumen dapat diteliti oleh pihak urus setia sebelum dimuktamadkan pemeteraiannya.
PENGECUALIAN PERMOHONAN DOKUMEN KOLABORASI
- Kolaborasi yang mempunyai punca kuasa tersendiri seperti perjanjian geran penyelidikan, tidak perlu melalui proses permohonan dokumen kolaborasi.
- Walau bagaimanapun, satu salinan dokumen kolaborasi perlu diserahkan kepada BKIK.
PENYAMBUNGAN DOKUMEN KOLABORASI
PTSN perlu mengemukakan permohonan sekurang- kurangnya ENAM (6) bulan sebelum tamat tempoh perjanjian bagi kategori Penyambungan MoU/MoA seperti di dalam Borang Permohonan (Lampiran 1) yang mengandungi perkara seperti berikut bagi tujuan penyambungan semula program kolaborasi:
- Laporan berkenaan program kolaborasi yang terdahulu;
- Justifikasi penyambungan program kolaborasi; dan
- Salinan dokumen kolaborasi
9. Prosedur Permohonan KLIK DI SINI
10. Link Format Dokumen Kolaborasi