Mengenai Kami
PENGENALAN
Unit Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Peperiksaan, Pegawai Peperiksaan (Rekod Dan Pensijilan), Pegawai Peperiksaan (Pengurusan Penilaian), dan Penyelaras Peperiksaan Jabatan.
TANGGUNGJAWAB UNIT PEPERIKSAAN
Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap segala urusan dan aktiviti peperiksaan akhir Program Diploma dan Program Asasi Teknologi Kejuruteraann di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PEPERIKSAAN PTSN
1) Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut perkara seperti yang terkandung di dalam "Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi Pertama 2025”.
2) Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail terdiri daripada Pengarah PTSN (Pengerusi), Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Ketua Pegawai Peperiksaan (Setiausaha), Ketua-ketua Jabatan Akademik dan mana-mana Pegawai yang dilantik oleh Pengarah.
3) Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dengan kuasa yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bertanggungjawab :
- Menentukan dasar berhubung perjalanan peperiksaan di politeknik.
- Membuat dan mengumumkan keputusan peperiksaan.
- Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi.
- Memutuskan kedudukan pelajar yang tidak mencapai tahap akademik yang memuaskan.
- Menentukan tindakan yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan.
- Mempertimbangkan dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan.
TAKWIM UNIT PEPERIKSAAN PTSN
Takwim Unit Peperiksaan PTSN telah menetapkan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan aktiviti peperiksaan akhir semester berpandukan takwim yang diberi oleh Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian (BPN). Berpandukan takwim tersebut, maka Unit Peperiksaan bertanggungjawab melaksanakan :
- Penggubalan soalan untuk peperiksaan akhir.
- Pertukaran deraf soalan.
- Pengurusan bank soalan.
- Penyediaan kertas soalan peperiksaan.
- Penyediaan jadual waktu pengawasan.
- Pengurusan Peperiksaan Akhir.
- Pemprosesan markah.
- Pengeluaran keputusan peperiksaan.
- Penyediaan keputusan peperiksaan akhir semester untuk perbentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
- Penyediaan data keputusan peperiksaan akhir semester untuk perbentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan.
- Penyediaan Sijil Diploma/Transkrip untuk konvokesyen.
Pengurusan Peperiksaan
1) BORANG UNTUK KEGUNAAN STAF PTSN
1.1 BORANG MODERASI :
- Borang Moderasi A (Skema Jawapan) (KLIK)
- Borang Moderasi B (Skrip Jawapan) (KLIK)
- Borang Moderasi C (Laporan Moderasi Skrip (KLIK)
1.2 BORANG B1/BPN SEMAKAN DRAF ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN :
1.3 BORANG BERKAITAN URUSAN PEPERIKSAAN AKHIR :
- Borang Akta Rahsia Rasmi PTSN (KLIK)
1.4 BORANG BERKAITAN PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE) :
- Borang Pemetaaan CTCE (KLIK)
2) BORANG UNTUK KEGUNAAN PELAJAR PTSN
2.1 TUNTUTAN SIJIL/ TRANSKRIP ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN :
- Borang Tuntutan Sijil/Transkrip Asasi (KLIK)
- Borang Tanggung Risiko (diisi bagi Sijil di yang di Pos Sahaja) (KLIK)
2.2 TUNTUTAN SIJIL/ TRANSKRIP DIPLOMA :
2.3 PERMOHONAN GRED TIDAK LENGKAP (T)
- Borang Permohonan Gred Tidak Lengkap (T) (KLIK)
2.4 BORANG BERKAITAN PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE) :
- Borang Permohonan CTCE (KLIK)
3) GARIS PANDUAN :
3.1 Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Politeknik Dan Kolej Komuniti Edisi 1 2025 (KLIK)
3.2 Garis Panduan Amalan Baik Pembinaan Rubrik (KLIK)
3.3 Garis Panduan Keselamatan PolyCC (KLIK)
3.4 Garis Panduan Moderasi Pemarkahan Politeknik Dan Kolej Komuniti 2023 (KLIK)
3.5 Garis Panduan Panel Penilai Luar Pindaan 2017 (KLIK)
3.6 Garis Panduan Pemberian Gred T (KLIK)
3.7 Garis Panduan Pengurusan Bank Item Dan Peraturan Pemarkahan Politeknik (KLIK)
3.8 Garis Panduan Pentaksiran Dan Penilaian Politeknik Dan Kolej Komuniti Edisi 2024 (KLIK)
3.9 Panduan Penganugerahan Sijil Akademik Secara Aegrotat Dan Anumerta Di Politeknik Dan Kolej Komuniti (KLIK)
3.10 SOP Pengurusan Peperiksaan EDISI 1 (KLIK)
4) FORMAT GUBAL ITEM PEPERIKSAAN AKHIR :
Berikut dilampirkan beberapa perkara melibatkan penggubalan item untuk rujukan penggubal :
3.1 FORMAT PA – DRAF (Digunakan semasa aktivtiti penggubalan) (KLIK)
3.2 FORMAT PA – FINAL (Digunakan semasa Bengkel Pengesahan Item Peperiksaan Akhir) (KLIK)
Takwim
1) TAKWIM UNIT PEPERIKSAAN MENGIKUT PROGRAM :
1.1 PROGRAM DIPLOMA
- Takwim Unit Peperiksaan Diploma Sesi II : 2024/2025 (KLIK)
1.2 PROGRAM ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
- a) Takwim Unit Peperiksaan Asasi Semester II : 2024/2025 (KLIK)
Tatacara
1) PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE):
- Permohonan Pindahan Kredit Dan Pengecualian Kursus (CTCE) perlu dibuat dalam tempoh TIGA (3)minggu pertama sesi pengajian.
- Bagi tujuan permohonan, pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan terdahulu yang telah disahkan.
- Urusan mendapatkan maklumat kursus yang dimohon untuk tujuan pemetaan adalah tanggungjawab pelajar.
- Pelajar perlu mengemukakan permohonan melalui pegawai yang dilantik oleh jabatan masing-masing.
- Permohonan yang TIDAK lengkap akan ditolak.
- Sila muat turun borang permohonan Pindahan Kredit Dan Pengecualian Kursus (CTCE).
2) AKUAN TAMAT PENGAJIAN
- Surat akuan tamat pengajian boleh diakses dan dimuat turun sehingga tarikh majlis konvokesyen graduan sesi semasa melalui SPMP pelajar.
- Pastikan sesi di SPMP ditukar dahulu ke sesi tamat pengajian pelajar.
3) PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR (KLIK)
4) PANDUAN PELAJAR PEPERIKSAAN AKHIR KHAS (KLIK)
5) TUNTUTAN TRANSKRIP DAN SIJIL DIPLOMA SECARA WALK-IN DENGAN TEMUJANJI / SECARA POS (KLIK)
6) KES HILANG TRANSKRIP / SIJIL DIPLOMA
- Rujuk Garis Panduan / Buku Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Politeknik Dan Kolej Komuniti Edisi 1 2025
7) TATACARA PERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA PENGHANTAR BAGI TUJUAN PERMOHONAN KE UNIVERSITI/IPTA/IPTS OLEH PELAJAR LULUSAN POLITEKNIK
- Permohonan Bahasa Penghantar (KLIK)
9) HUBUNGI KAMI
ALAMAT :
UNIT PEPERIKSAAN
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
KM 1, JALAN PANCHOR
84600 PAGOH, MUAR,
JOHOR.
TEL PEJABAT : 06-9742288 EXT 2327/2212
EMEL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.