PTSN telah menghantar seorang pelajar bagi menyertai program anjuran Bahagian Ambilan Pelajar dan Pembangunan Pelajar JPPKK, kelolaan Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
 
Program ini telah dilaksanakan di Tasik Kenyir, Terengganu dengan penglibatan dari POLYCC seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengasah ketahanan fizikal dan mental pelajar, membentuk komunikasi berkesan dalam membantu diri dan rakan sekeliling serta Membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat.
 


Galeri Gambar