Adik Siti Najwa binti Mohd Shamsul merupakan pelajar pertama yang hadir mendaftar bagi program baharu Asasi TVET Sesi 1 2023/2024, hari ini.
 
Siti Najwa yang berasal dari Terengganu telah hadir mendaftar di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Johor bagi Program Asasi Teknologi Kejuruteraan Mekanikal.
 
Penyerahan kad matrik kepada pelajar dilakukan oleh YBhg. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.