Perhubungan & Latihan Industri
- Details
- W3bM@ster
- Hits: 1688
Mengenai Kami
Pendahuluan
Pendekatan LI yang menggabungkan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja diharapkan mampu meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang secara efektifnya diterokai di luar kampus atau di industri. Melalui pemerkasaan kursus LI, pelajar lebih terarah untuk memperolehi pengalaman industri yang relevan mengikut bidang pengajian; justeru, merapatkan jurang ketidaksepadanan (mismatch) di antara kehendak industri dan graduan yang dihasilkan.
Matlamat Latihan Industri (LI)
Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri yang berkaitan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Objektif Latihan Industri (LI)
(a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
(b) Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan teknologi yang digunakan di industri;
(c) Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja;
(d) Mmengamalkan nilai atau etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Kepentingan Latihan Industri (LI)
Pelajar perlu memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri sebagai usaha dan strategi bagi memperkasa kualiti graduan politeknik dalam pasaran pekerjaan global yang kompetetif. Justeru, LI merupakan pendedahan latihan yang dijalankan berteraskan konsep pembelajaran melalui amalan mempraktikkan teori dan konsep akademik yang telah dipelajari dalam situasi kerja yang sebenar.