Pada 4 dan 5 Julai 2023, satu Bengkel Teknik Penulisan Manuskrip Jurnal Secara Cepat telah  dijalankan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPIK PTSN)  bertempat di Perpustakaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

Bengkel ini telah disertai oleh 26 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah PTSN dari Jabatan Kejuruteraan Petrokimia dan Jabatan Telnologi Kimia dan Makanan. Bengkel yang telah diadakan selama 2 hari ini dikendalikan oleh 4 orang penceramah dari kalangan pensyarah PTSN yang berkemahiran dalam penulisan jurnal bagi membantu peserta untuk menghasilkan manuskrip  jurnal secara sistematik dan cepat dengan memperkenalkan modul yang komprehensif.

Objektif bengkel pada kali ini adalah untuk membantu setiap pensyarah bagi menyiapkan satu manuskrip jurnal secara sistematik serta menepati ciri-ciri manuskrip yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks. Kemahiran penulisan akademik akan ditekankan di samping format umum  yang perlu ada pada sesebuah manuskrip. Bengkel penulisan manuskrip jurnal ini juga diadakan untuk menggalakkan aktiviti penulisan manuskrip jurnal di kalangan pensyarah akademik PTSN.