Pensyarah dari PTSN mendapat Anugerah Penyelididkan Terbaik di MPCCSustAWARD23
 
 
Puan Raz Zarinda binti Mohd Rashid, pensyarah dari PTSN telah berjaya mendapat tempat pertama bagi Anugerah Penyelidikan Terbaik dan tempat kedua Anugerah Pembentangan Penyelidikan Terbaik dalam program Malaysian Polytechnic & Community College Sustainability Award 2023 yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah anjuran Bahagian Kurikulum JPPKK dengan kerjasama Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
 
Penyelidikan ini diketuai oleh Puan Raz Zarinda binti Mohd Rashid serta ahli pasukan beliau iaitu Nur Ezzati binti Nor Azman dan Muhammad Afnan bin Muhd Fikri. Anugerah disampaikan oleh Pengarah Kanan Akademik JPPKK Encik Mohd Noor bin Shahudin.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik PTSN.