PTSN telah menghantar 2 penyertaan bagi menjayakan program penanaman pokok peringkat Daerah Muar dan peringkat Daerah Pontian.
 
Bagi penyertaan peringkat Daerah Muar, PTSN telah menghantar seramai 28 orang pelajar asasi dan 5 orang pelajar diploma bagi bersama menjayakan program penanaman pokok kayu bakau di Parit Kasim, Parit Jawa.
Turut hadir YBrs. Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN bersama Puan Rosmawati binti Jalal, Ketua Jabatan JSKK serta 4 orang pegawai pengiring dalam menjayakan program ini.
 
Bagi penyertaan peringkat Daerah Pontian, PTSN telah menghantar 10 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring bagi menyokong penuh program yang dianjurkan kerajaan Negeri Johor pada hari ini.