Sebanyak 10 pasukan pelajar dan 6 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan (JTKM), Politeknik Tun Syed Nasir telah menyertai Pertandingan Projek Inovasi dan Pembentangan Kertas Penyelidikan di Festival Agro Makanan Dan Bioteknologi (FAMB) 2023 anjuran Bahagian Kurikulum (Unit Teknologi Pertanian) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang bertempat di Kolej Komuniti Jelebu pada 10 Oktober 2023.
 
PTSN telah berjaya merangkul 3 Anugerah, 10 pingat (6 emas, 3 perak dan 1 gangsa dalam festival ini. Antara anugerah yang diperolehi adalah:
 
1) Anugerah Kertas Penyelidikan terbaik -Kumpulan Penyelidik:
Dina Izzaty Bt Moohyiddin
Nabilla Huda Bt Baharuddin
See Hui Yong
 
2) Anugerah Pembentang Terbaik
Nabilla Huda Bt Baharuddin
 
3) Anugerah Inovasi Terbaik
‘Barley Yagwa with Ixora Flower Jem’
- Pensyarah Pembimbing:
Azierah Zawiyyah Binti Azmi
- Pelajar:
Nurul Ain Izzati Bt Muhammad
Faranidasari Bt Rizal
Amirul Amri Bin Azman
 
Tahniah diucapkan kepada para pembentang, pensyarah pembimbing dan pelajar-pelajar yang terlibat. Syabas juga diucapkan kepada penyelaras inovasi JTKM atas kejayaan ini. Turut hadir bersama pada majlis penutupan FAMB 2023 adalah YBrs. Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN bagi meraikan kejayaan yang diperoleh PTSN bersama para pensyarah dan para pelajar. Semoga PTSN dapat terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.

GALERI GAMBAR