22 Oktober 2023 (Ahad) - Pelajar PTSN berpeluang menghadiri temuduga bersama industri terkemuka dalam bidang Kejuruteraan Petrokimia dan Teknologi Makanan. Program Hari Kerjaya ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melakukan latihan industri dan mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran pelajar.
 
Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin telah merasmikan program Hari Kerjaya "MYFUTUREJOBS X PTSN" di Dewan Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Katanya, program ini amat digalakkan agar dapat memberi pendedahan kepada pelajar PTSN khususnya mengasah teknik pembikinan "resume" yang betul dan pendedahan temuduga bersama pihak industri secara nyata.
 
Program anjuran Unit CISEC dengan kerjasama alumni PTSN ini sedikit sebanyak telah membantu dan memberi peluang serta ruang kepada pelajar PTSN dalam membina kerjaya yang mereka minati.