PTSN telah menyertai Sambutan Maulidurrasul Peringkat Eduhub anjuran Pejabat Kadi Muar bersama PTSN dan UTHM. Seluruh institusi dan agensi yang berada di sekitar Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, UTHM, UTM, UIA, IKTBN Pagoh dan Seksyen Projek Khas, KPT serta Sime Darby telah turut sama dalam menyertai sambutan ini.
 
Aktiviti perarakan sambil berselawat telah dilaksanakan pada sambutan ini mengikut kumpulan institusi dan agensi yang hadir. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan berzanji, mahalul qiyam dan ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh As-Syeikh Hj Suhaimi Bin Rebu (Kadi Daerah Muar).
 
#ptsnunik