10 PASUKAN DARI PTSN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PENSYARAH TVET 2023 (PERISA'23)
 
Sebanyak 10 pasukan pensyarah dari PTSN telah menyertai Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan tahun 2023 yang diadakan di Kolej Komunit Segamat 2. PTSN berjaya membawa pulang 2 emas, 7 perak dan 1 gangsa dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada para pensyarah yang terlibat.
 
Semoga dengan pertandingan seperti ini dapat menaikkan minat pensyarah dalam menghasilkan inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih pintar dan sistematik serta dapat menghasilkan produk inovasi yang membantu membina pemahaman pelajar dalam melahirkan graduan yang berinovasi dan berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi keperluan dalam pasaran kerja.
 
Turut hadir bersama pada majlis penutupan PERISA'23, YBrs. Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN meraikan kejayaan yang diperoleh PTSN bersama para pensyarah. Beliau mengucapkan tahniah kepada pensyarah PTSN yang berusha keras dalam menghasilkan produk inovasi yang berimpak tinggi dan menggalakkan seluruh pensyarah di PTSN agar terus mencipta inovasi baharu bagi membangunkan satu sistem pendidikan tinggi yang dapat memenuhi keperluan ekonomi negara dengan menumpukan aspek kemahiran, teknologi, kreativiti dan inovasi selari dengan fungsi utama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti iaitu menghasilkan graduan TVET yang berkualiti.