Seramai 50 pelajar dari Diploma Kejuruteraan Kimia telah menyertai Science Education Day Camp anjuran Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK), Politeknik Tun Syed Nasir yang bertempat di Agrofarmstay Resort pada 24-25 Oktober 2023.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan pengetahuan pelajar terhadap bidang sains. Perkara ini penting bagi memastikan PTSN mempunyai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan negara.
 
Turut hadir, En. Azmir Iqbal bin Ibrahim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia dan Puan Noorizyan binti Asimat, Ketua Program DCE bagi memberi sokongan moral bersama para pensyarah kepada para pelajar.