Program SINERGIE Peringkat Negeri Johor 2024 anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) PTSN dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang diadakan pada 5-9 Mei 2024 & 13-14 Mei 2024 telah melabuhkan tirainya.

Sehubungan itu, Mesyuarat Post-Mortem telah diadakan pada 10 Julai 2024 bagi mendapatkan maklumbalas setiap jawatankuasa dan cadangan- cadangan penambahbaikan bagi program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Pn Hasyireen binti Abdul Halim bersama Ts. Nursahizalina binti Mohd Sa'at dan Pengarah Program, Dr. Noorsabrina binti M Salbi dengan dihadiri oleh Jawatankuasa SINERGIE.

Pada waktu yang sama, telah berlangsung juga Majlis Penyerahan Tugas Pegawai Penyelarasan Projek Pelajar UPIK PTSN, iaitu daripada Ts. Nursahizalina binti Mohd Sa'at kepada Pn. Rozieana binti Abu yang disaksikan oleh Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ts. Nursahizalina binti Mohd Sa'at atas jasa bakti dan komitmen yang telah diberikan selama ini dan selamat datang diucapkan kepada Pn. Rozieana binti Abu ke UPIK. Terima kasih juga diucapkan kepada semua JK SINERGIE Peringkat Negeri Johor 2024 yang telah memberi komitmen yang penuh dalam menjayakan program ini.

#ptsnunik
#SINERGIEPeringkatNegeriJohor2024