Lawatan Penandaarasan Kursus Peningkatan Kecemerlangan Operasi UPIK PTSN di RMC UTHM, Batu Pahat, Johor.
- Details
- Shamsul bin Mazalan
- Hits: 103
#PTSNinfo | 30 Julai 2024 | Lawatan Penandaarasan Kursus Peningkatan Kecemerlangan Operasi UPIK PTSN di RMC UTHM, Batu Pahat, Johor.
Seramai 6 orang staf terdiri daripada pegawai UPIK PTSN telah menyertai lawatan ini, diketuai oleh Pn. Hasyireen binti Abdul Halim dan Dr. Noorsabrina binti M Salbi. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai pelaksanaan penyelidikan secara menyeluruh di RMC UTHM.
Pengarah RMC UTHM iaitu Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan, memberikan penerangan komprehensif mengenai dokumentasi dan sistem penyelidikan di universiti tersebut. Seterusnya, delegasi PTSN telah bertukar pandangan dengan pihak UTHM berkenaan sistem pengurusan geran penyelidikan.
Adalah diharapkan lawatan ini akan membantu PTSN dalam meningkatkan pengurusan UPIK dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi, khususnya dalam aspek perancangan strategi penyelidikan, pengurusan sumber dan geran, serta meningkatkan hubungan kolaborasi dua hala bersama penyelidik UTHM.
#ptsnunik
#weloveptsn
#POLYCCPemacuNegaraMADANI