LAWATAN AUDIT PENSIJILAN ISO 21001:2018 EDUCATIONS ORGANIZATIONS MANAGEMENT SYSTEMS (EOMS) PERINGKAT KEDUA
- Details
- Shamsul bin Mazalan
- Hits: 176
#PTSNevents | 11 Jun 2024 | Lawatan Audit Pensijilan ISO 21001:2018 Educations Organizations Management Systems (EOMS) Peringkat Kedua pada 9-11 Jun 2024 yang berlangsung di
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
PTSN telah melakarkan lembaran sejarah baharu, apabila syor pensijilan telah diumumkan oleh Ketua Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Pn. Maznah Mat Isa bersama Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd, En. Mani Maaran A/L Krishnan yang dibentangkan pada penutupan audit pada petang ini kepada barisan ahli pengurusan di PTSN yang diketuai oleh Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin.
Pada penutup tersebut, Pn. Maznah Mat Isa dan En. Mani Maaran A/L Krishnan, Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah membentangkan laporan penemuan audit sepanjang tempoh berlangsungnya pengauditan dengan beberapa dapatan. PTSN memperoleh 0 Non-comformance report (NCR) dan 12 Opportunity for improvement (OFI).
Secara keseluruhannya, pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah merumuskan bahawa, pelaksanaan EOMS di PTSN adalah baik dan memuaskan serta memenuhi Standard ISO 21001:2018. Walau bagaimanapun, ianya masih boleh ditambahbaik berdasarkan laporan penambahbaikan OFI yang dikeluarkan.
Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin dalam ucapan beliau, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd., jawatankuasa Unit Jaminan Kualiti dan seluruh warga PTSN yang terlibat secara langsung atau di belakang tabir di atas komitmen, kegigihan dan kerjasama yang terbaik diberikan dalam menjayakan pelaksanaan pengauditan ini.
PTSN akan menerima Sijil Perakuan Pensijilan ISO 21001:2018 Educations Organizations Management Systems (EOMS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang meliputi skop pemberian perkhidmatan pendidikan pada peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Petrokimia dan Teknologi Kimia serta Makanan. Kejayaan ini diharapkan dapat memperkasakan lagi urus tadbir dan kualiti pengurusan perkhidmatan di PTSN, seterusnya memartabatkan PTSN sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang kekal relevan dan berdaya saing.