Pertandingan Robotik Kebangsaan anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar, Sasbadi Holdings Berhad, dan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK), Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna & Dewan Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh selama dua hari.

PTSN selaku penganjur bersama, yang diketuai oleh Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Pn. Hasyireen binti Abdul Halim, bersama Pengarah Program, Dr. Azmi bin Ahmad, dan 44 staf PTSN, telah diberi kepercayaan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman, khususnya sebagai Jawatankuasa Pelaksana Program serta dalam bidang penjurian pertandingan ini.

Untuk makluman, pertandingan ini telah melibatkan penyertaan seramai 612 orang peserta daripada 51 buah sekolah rendah dan 35 buah sekolah menengah di sekitar Negeri Johor, dengan 12 kategori yang dipertandingkan yang terdiri daripada 204 pasukan.

#ptsnunik
#MalaysiaMadani