Kunjungan Rasmi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail ke Petroliam Nasional Berhad, perbincangan dua hala dan pengukuhan hubungan kerjasama strategik.
 
 
Delegasi PTSN yang diketuai Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Encik Azmir Iqbal bin Ibrahim dan Ketua Unit CISEC, Dr. Dulina binti Tholibon serta 4 pegawai. Wakil dari Petroliam Nasional Berhad dihadiri oleh Head Petronas Group Technical Capability Management, Puan Nur Fadhilah Mior Sharifuddin, M Feizal Bin M Ghazali, Custodian (Instrumentation & Control D/S) Instrument - Refinery dan Shahrul Reza, Head, Alliance Management, Human Capital Investment (HCI) serta beberapa pegawai.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara PTSN dan PETRONAS serta sebagai medium perkongsian maklumat dan bertukar pendapat. Perbincangan juga menjurus kepada program Petronas VISTA (Vocational Institution Sponsorship and Training Assistant) yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar PTSN bekerja bersama syarikat carigali minyak & gas sekaligus dapat menyalurkan keperluan pekerja tenaga mahir dalam bidang minyak dan gas. Selain itu, program Petronas VISTA ini juga membantu PTSN dalam menyediakan keperluan dan penyenggaraan peralatan pembelajaran & pengajaran (PdP) agar selari dengan kehendak industri minyak & gas.
 
Semoga kerjasama ini dapat memberi kebaikan dalam membantu pelajar PTSN dalam membina kerjaya selepas tamat pengajian sekaligus menjadikan PTSN sebuah institusi yang menghasilkan graduan TVET berkualiti yang mengikut kehendak industri.