Majlis yang diuruskan oleh Jabatan Kejuruteraan Petrokimia ini dimulakan dengan kehadiran pengurusan tertinggi PTSN dan ucapan aluan dari Pengarah, Ts. Hamdan bin Samdin.
 
Majlis diteruskan dengan pemberian sijil Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Mac 2024. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah.
 
Majlis diteruskan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan jamuan makan. Pelbagai hidangan makanan dan minuman disediakan dari setiap jabatan dan hiasan "booth" dari setiap jabatan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya tahun ini.

GALERI GAMBAR