BENGKEL PENGKOMERSIALAN PRODUK PELAJAR PTSN


Bengkel Pengkomersialan Produk Pelajar PTSN anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail telah diadakan di ROTUNDA PTSN. Bengkel ini dihadiri oleh 20 orang pensyarah yang juga terdiri daripada penyelia projek sebagai persediaan bagi Sustainable Innovation and Engineering Technology Exhibition (SINERGIE) yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Dina Izzati binti Hashim, Penolong Pengarah Kanan, Unit Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah tentang prosedur untuk mengkomersialkan produk pelajar PTSN. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan potensi produk dari projek pelajar diketengahkan sebagai produk komersial.

#ptsnunik
#weloveptsn
#POLYCCPemacuNegaraMADANI