Program Gerakan Pemindahan Ilmu Komuniti Desa Endau-Rompin anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, PTSN telah diadakan di Kampung Orang Asli PETA, Johor pada 1-3 Mei 2024.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses dan penglibatan pelajar Orang Asli terhadap pendidikan STEM seperti pelajar lain serta menggalakkan minat dan semangat mereka terhadap bidang STEM dengan cara yang menarik dan relevan dengan budaya dan kehidupan mereka, disamping melatih mereka untuk berkomunikasi dengan yakin.
 
Selain itu, program ini juga bertujuan memberikan kemahiran praktikal dalam teknik pembuatan sabun kepada komuniti Orang Asli serta mendorong inovasi dalam reka bentuk dan formulasi sabun yang sesuai dengan keperluan dan kehendak komuniti Orang Asli serta mempunyai nilai tambah dari segi kebersihan dan kesihatan.
 
Program ini melibatkan 15 orang komuniti desa Orang Asli, 30 orang pelajar pendidikan rendah Orang Asli dan 17 orang staf PTSN. Turut hadir bersama Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN dan En. Rampuyan bin Kantan, Tok Batin Kampung Orang Asli PETA.