PTSN | 9 March 2023 - Seramai 10 orang pelajar Program Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) telah membuat lawatan sambil belajar ke loji syarikat Jaewon Frontier (M) Sdn. Bhd, Negeri Sembilan selain mempunyai loji petrokimia di Hungary, China dan Korea Selatan.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar kerja dan cabaran yang akan mereka ceburi dalam industri Petrokimia.
 
Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan kolaborasi antara PTSN dan pemain industri besar dalam bidang Petrokimia (Jaewon Frontier (M) Sdn Bhd) sejak tahun 2019 dalam membekalkan sumber manusia kepada syarikat dari Korea Selatan ini.