Pada 6 Mac 2023, bertempat di Mini Library PTSN, telah berlansungnya Program Organise and Outline Your Research : One Step Closer to Publish yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK), PTSN.

Program ini bertujuan untuk membolehkan pensyarah memahami prinsip asas dalam penulisan ilmiah di samping meningkatkan kemahiran merangka dan menulis artikel ilmiah yang berkualiti tinggi.

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk mendapatkan tips menerbitkan artikel ilmiah berwasit dan berimpak tinggi.

Hasil daripada bengkel ini, peserta juga telah dapat menghasilkan deraf awal artikel yang telah dinilai oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Ir. Dr. Norhayati Binti Soin, Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya.

Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan secara konsisten di masa-masa akan datang.