Seramai 30 orang pensyarah dari Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail menjalankan Program CSR Menaiktaraf Kipas di Asrama Pelajar, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor, Kluang. Sebanyak 20 biji kipas "heavy duty" dinfakkan kepada pihak sekolah dengan dana yang dikumpulkan oleh para pensyarah PTSN.
 
Fokus utama program sehari anjuran Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan Jabatan Kejuruteraan Petrokimia ini ialah memasang kipas di asrama pelajar dan mengecat serta mencantikkan kawasan sekolah yang dikendalikan oleh para pensyarah.
 
Pengarah PTSN, YBrs. Haji Abd Razak bin Senan dan Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Encik Hairman bin Omar serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Encik Jamaludin bin Mohd Tolkah turun padang menjayakan program dan turut sama memasang kipas di setiap bilik.