Β 
Seramai 40 orang pelajar dan 40 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan, PTSN menjalankan Program Tautan Kasih bersama penduduk orang asli di Kampung Orang Asli Sentosa, Lenga.
Β 
Fokus utama program sehari itu ialah bergotong royong membersihkan persekitaran kawasan kampung dan membuat kursus pembuatan Mee Kuning, Pau dan Coklat yang dikendalikan oleh pensyarah & seorang Alumni dari JTKM.
Β 
Timbalan Pengarah PTSN, Mohd Khuzairy bin Mohd Yusof bersama Adun Bukit Kepong, Dato’ Dr Sahruddin bin Hj Jamal dan Ketua Jabatan Teknologi Kimia & Makanan, Ts. Sazaliana binti Sapian tidak ketinggalan turun padang menjayakan program dan menyempurnakan perasmian majlis penutupan.
Β 
Batin Ayu bin Enn, Tok Batin Kampung Orang Asli Sentosa mengucapkan terima kasih atas penganjuran program berkenaan yang membantu membersihkan kawasan kampung dan membantu penduduk kampung menambah pengetahuan menghasilkan mee kuning, pau dan coklat.
Β 
Β