Β 
Seramai 10 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Petrokimia telah berlepas ke Hungary bagi melakukan latihan industri bersama syarikat JAEWON FRONTIER (M) Sdn. Bhd di Hungary. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Mohd Zahari bin Ismail serta Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Encik Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob turut sama hadir bagi memberi kata-kata semangat dan melepaskan pelajar di Kuala Lumpur International Airport.

Pelajar akan menjalani latihan industri selama 5 bulan dan akan diserap terus bekerja bersama syarikat tersebut di Hungary. Director JAEWON FRONTIER (M) Sdn. Bhd di Malaysia, Penny Yoo SH ada menyatakan hasrat untuk membawa lebih ramai pelajar PTSN yang telah selesai pengajian untuk bekerja di cawangan baharu Jaewon Frontier di United State, US.

Beliau berkata apa yang dipelajari oleh pelajar di PTSN dalam bidang petrokimia selari dengan keperluan di syarikat Jaewon dan pelajar PTSN mempunyai sikap yang baik serta semangat yang tinggi dalam bekerja bersama syarikat. Ini berikutan terdapat graduan dari PTSN yang telah bekerja secara tetap di syarikat JAEWON FRONTIER (M) Sdn. Bhd.

"𝑰𝒕 𝒅𝒐𝒔𝒆𝒏'𝒕 π’Žπ’‚π’•π’•π’†π’“ π’˜π’‰π’†π’“π’† π’šπ’π’– 𝒔𝒕𝒂𝒓𝒕, π’Šπ’• π’Žπ’‚π’•π’•π’†π’“ π’˜π’‰π’†π’“π’† π’šπ’π’– π’‡π’Šπ’π’Šπ’”π’‰"