Human Capital Investment (HCI), PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) dan Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Terengganu telah hadir ke PTSN bagi mengadakan lawatan teknikal dan sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Vista Petronas bersama YBrs. Haji Abd Razak bin Senan, Pengarah PTSN dan Ketua Unit CISEC PTSN, Dr. Dulina binti Tholibun serta ahli jawatankuasa kolaborasi PTSN.
 
Timbalan Pengarah Bahagian Unit Kolaborasi, JPPKK, Ts. Mornizawati binti Abdullah turut hadir pada sesi perbincangan tersebut.
Pelaksanaan Program VISTA oleh PETRONAS adalah bertujuan untuk membantu institusi terpilih dalam aspek infrastruktur, peralatan, jurulatih atau kesediaan program dalam memastikan kursus teknikal yang berkaitan di PTSN dapat dijalankan dengan lebih sempurna mengikut piawaian dan keperluan industri.

GALERI GAMBAR