Hampir 200 orang pelajar baharu mendaftar pada kemasukan Sesi II 2022/2023 di PTSN. Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, YBrs. Haji Abd Razak bin Senan turut hadir bersama pada sesi pendaftaran bagi menyambut kehadiran ibu bapa dan pelajar-pelajar baharu ke PTSN.