19 Januari 2023 (Khamis) - PUSPANITA Cawangan Kecil Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dengan kerjasama Jabtan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan telah menganjurkan Program Kayuhan Amal 3S melibatkan seramai 25 peserta kayuhan yang merupakan ahli PUSPANITA Cawangan Kecil PTSN. Pelepasan (flag off) peserta berbasikal telah dilakukan oleh YBrs. Haji Abd Razak bin Senan, Pengarah PTSN di lobi PTSN pada jam 8.00 pagi.
 
Kayuhan Amal 3S merupakan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli PUSPANITA PTSN dari segi kesihatan dan dapat beriadah melalui aktiviti berbasikal sambil menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Sebanyak 5 unit serahan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, garam, susu pekat dan sardin tin telah diedarkan kepada golongan tersasar di rumah penduduk kampung dan 5 unit sumbangan diwakilkan oleh Ketua Kampung En. Luman bin Hassan di Surau Kg. Melini/Brohol.
 
Program ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan memberi impak yang positif kepada ahli PUSPANITA PTSN yang juga staf PTSN dari segi kesihatan mental dan fizikal. Di samping itu juga, melalui program ini mampu memupuk sikap empati dan simpati dalam diri ahli PUSPANITA bagi melahirkan wanita yang berakhlak mulia serta berintegriti.

GALERI GAMBAR