Ucapan perasmian telah diberikan oleh Pn. Hajjah Nor Azlina binti Ab. Ghani selaku Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil PTSN.
Kursus bermula dengan taklimat diberi oleh En. Akmal dan En. Fikri daripada Jabatan Teknologi Makanan (JTKM) tentang proses yang akan dilakukan.
Seramai 43 orang peserta telah menyertai kursus ini. Rata-rata mereka sangat teruja sepanjang proses pembuatan taufufa dan air soya ini.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk memperkasakan kemahiran holistik dikalangan pegawai PTSN.
 
TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua barisan jawatankuasa dan urusetia yang terdiri daripada ahli Puspanita dan pegawai di JTKM.
Anda semua AWESOME!! 👍👍😁🥰

GAMBAR PROGRAM