PTSN Events | 20 April 2026 | NEXUS 3.0
- Details
- W3bM@ster
- Hits: 91
PTSN Events | 20 April 2026 | NEXUS 3.0
Program NEXUS 3.0: Navigating Excellence in Oleo and Food Towards a Sustainable Future anjuran Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan, PTSN telah berlangsung dengan jayanya dengan pengisian pembentangan inovasi dan projek akhir pelajar DTM serta DFO yang kreatif dan berimpak tinggi.
Program ini turut menampilkan ucapan daripada Ketua Panel, Pn Farida binti Senang @ A. Rahman, Pegawai Jaminan Kualiti Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit, yang memberikan pandangan industri serta galakan kepada para pelajar dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti dan relevan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik PTSN, Ts. Sazaliana binti Sapian.
Sepanjang program, pelbagai anugerah telah dipertandingkan bagi menghargai kecemerlangan pelajar, antaranya:
* Best Food Innovation Award (DTM)
* Best Product Innovation Award (DFO)
* Best Project Award (DTM & DFO)
* Industry Choice Project Award (DTM & DFO)
* Industry Choice Food Innovation Award
* Industry Choice Product Innovation Award
* Best Poster Project (DTM & DFO)
* Best Product Showcase Award Food Innovation
* Best Product Showcase Award Product Innovation
* Most Valuable Presenter Project (DTM & DFO)
* Most Valuable Presenter Food Innovation
* Most Valuable Presenter Product Innovation
* Best Of The Best Project
* Best Of The Best Food/ Product Innovation
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini terus menjadi platform dalam melahirkan pelajar yang berinovasi, berdaya saing dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih lestari.
Gambar-gambar NEXUS boleh diakses dari pautan berikut;
https://photos.app.goo.gl/8X8g6D2KrqnJaKSq5
#PTSNunik
#welovepolycc
#JTKMptsn
#NEXUS3.0

