PETROKIMIA DIDEDAHKAN DENGAN “POWER PLANT TECHNOLOGY” MENERUSI PROGRAM PELAWAT INDUSTRI

 
 
 
Pendedahan berkaitan “POWER PLANT TECHNOLOGY” ini telah diberikan oleh Ts. Amir Redzuan bin Mohd Ibrahim sebagai penceramah jemputan dari Loji janakuasa Manjung 5 telah memberi ceramah mengenai teknologi yang digunakan pada loji. Seramai 196 pelajar JKPK terlibat yang terdiri dapripada empat program iaitu DCE, DPE, DPC dan DEI telah dipilih berdasarkan perkaitan menerusi pelaksanaan program Pensyarah Pelawat Industri (PPI). Pelajar dapat didedahkan kepada suasana sebenar dalam dunia pekerjaan sekaligus dapat melahirkan graduan yang mampu bersaing serta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di bilik kuliah dengan situasi sebenar di industri.
 
Pendedahan ini juga melibatkan subjek teras bagi program Diploma Kejuruteraan Kimia (DCE) iaitu DGC40063 Unit Operation dan DGC 50103 Transport Phenomena yang melibatkan pelajar-pelajar semester 4 dan 5. Prinsip asas Termodinamik juga merupakan subjek asas bagi semua pelajar kejuruteraan dan aplikasinya terhadap loji sebenar yang diterangkan oleh Ts. Amir Redzuan membantu pelajar untuk lebih memahami prinsip asas kejuruteraan.