Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Pagoh telah menganjurkan program CEO@POLYCC kerjasama syarikat gergasi industri minyak dan gas negara, PETRONAS.
 
Objektikf utama program adalah bagi menghasilkan kolaborasi berimpak tinggi bersama pemain industri bagi memberi pendedahan dan peluang kepada warga TVET untuk mendapatkan tempat seperti latihan industri, pekerjaan, sangkutan industri pensyarah terutama dalam bidang industri minyak dan gas serta memberi perkongsian ilmu, pengalaman kerjaya dan motivasi kepada warga TVET bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam mencapai pembangunan lestari.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Antara yang turut hadir adalah YBhg. Datuk Haji Bacho bin Pilong. Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek & Teknologi PETRONAS dan Encik Mazlan bin Adenan, PETRONAS Technical Executive serta Tuan Haji Abd Razak bin Senan, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh.
 
Selain itu, penyerahan Watikah Pelantikan Pusat Satelit MyFutureJobs oleh Encik Saifuddin bin Mohd Nor wakil dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada Timbalan Pengerusi POLYCC Zon Johor, Encik Zahid bin Daim bagi menjadikan politeknik dan kolej komuniti di seluruh Negeri Johor sebagai rakan strategik program inisiatif Pusat Satelit MyFutureJobs.