Pada 27 hingga 28 Mac 2023, Unit Penyelidikan, Inovasi, dan Komersial Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (UPIK, PTSN) telah menganjurkan Bengkel Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2023 bertempat di Perpustakaan Mini PTSN.

Penceramah bengkel ini dijemput khas daripada Politeknik Merlimau Melaka (PMM) iaitu Dr. Aspalilla binti Main yang merupakan Timbalan Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi, dan Komersial PMM dan beliau dibantu oleh fasilitator iaitu En. Mohamad Hasbullah bin Mustafa juga daripada PMM. Bengkel ini telah disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah PTSN dan PIS. Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah PTSN, Encik Mohd Khuzairy bin Mohd Yusof.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mengetahui dan memahami tentang falsafah, struktur dan operasi KIK mengikut garis Panduan MAMPU iaitu Panduan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Disamping itu juga, para peserta didedahkan dengan teknik-teknik mengenal pasti dan menyelesaikan masalah serta kaedah membuat keputusan dalam proses KIK. Bengkel ini juga dapat memberi idea kepada peserta untuk memulakan perlaksanaan projek KIK di jabatan masing-masing mengikut teknik-teknik Horizon Baharu KIK yang dipelajari.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Horizon Baharu KIK 2023.

 

#Welovepolycc
#BengkelKIK
#PTSNhebat