PTSN dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad telah menganjurkan Seminar Tentang ESG & Pemerkasaan Diri di Dewan Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Seramai 304 pelajar termasuk pensyarah telah menghadiri seminar ini.
 
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan para pensyarah berkaitan kecekapan tenaga dan solusi tenaga serta keselamatan elektrik suruhanjaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Mohamad bin Saikon, Ketua Retail Negeri Johor. Turut sama hadir YBrs. Haji Abd Razak bin Senan, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dan Encik Junaidi bin Mohamad Nasir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSN.
 
GALERI GAMBAR