Program ini adalah antara kerjasama Jabatan Teknologi Kimia & Makanan, PTSN bersama KEMAS Parlimen Pagoh & JPKK Kampung Lenga dalam membudayakan inovasi dan penjanaan ekonomi sosial. Bengkel Penghasilan Sabun Pencuci Lantai juga diadakan oleh Program Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) kepada komuniti.
 
Terima kasih diucapkan kepada komuniti Kampung Lenga kerana telah memberikan komitmen dalam pengumpulan minyak masak terpakai yang telah bermula pada 22 September 2023 dengan hasil pengumpulan melebihi daripada 50kg. Hasilnya minyak masak ini telah diproses dan diformulasi untuk menjadi sabun pencuci lantai.
 
Turut hadir, Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dalam bersama menjayakan program ini. Program ini merupakan satu inisiatif dan kerjasama yang cukup baik bagi meningkatkan kesedaran dikalangan komuniti dalam membudayakan inovasi daripada bahan yang dikitar semula dan memberi peluang baru dalam mewujudkan penjanaan ekonomi baru dikalangan komuniti. Ia juga sejajar dengan hasrat negara dalam mewujudkan masyarakat berpengetahuan atau Knowledge Society.