Permohonan yang ditawarkan melalui dana pemfailan harta intelek ini mempunyai kuota bagi setiap komponen harta intelek yang ditawarkan iaitu Cap Dagang, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Hak Cipta.

Butiran permohonan Dana IP 2.0 adalah seperti berikut:

Permohonan Dibuka: Januari 2023
Permohonan Ditutup: Oktober 2023


Permohonan dalam talian: https://tinyurl.com/DanaIP2bagiTahun2023

atau

Permohonan Secara Manual:
(Serahan Tangan/Pos/Pejabat Cawangan MyIPO yang berdekatan)


Borang boleh diperolehi dengan mengimbas kod QR seperti dalam poster yang diedarkan.



Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan mengumpul data pemohon sebagai rekod dan rujukan pihak kami. Pemohon perlu mengisi butiran seperti pautan berikut:

https://forms.gle/QSPcoaWpjiYCqK2L8

Pemohon juga perlu mengisi maklumat di google form (utk rujukan upik Ptsn) https://forms.gle/ZBh8HjwzMPQ2PNed6 SELEPAS menghantar permohonan kepada myipo.

Untuk makluman tuan/puan, penghantaran dokumen bagi permohonan harta intelek akan dilakukan 2 sesi:


Sesi Pertama: 28 Februari 2023
Sesi Kedua: 30 Mac 2023


Oleh yang demikian, digalakkan semua pemohon untuk menghantar permohonan sebelum tarikh sesi pertama bagi mempercepatkan urusan Pemfailan Harta Intelek di myipo.

Dokumen Dana Pemfailan Intelek