Tahniah kerana anda mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bagi Sesi 2 : 2022/2023.

Anda dikehendaki mendaftar secara atas talian (online) selepas tiga (3) hari dari tarikh pembayaran yuran pengajian dibuat melalui sistem SPMP Politeknik Tun Syed Nasir Syed IsmailCalon-calon dikehendaki mendaftar secara atas talian (online) SEBELUM melapor diri secara bersemuka seperti ketetapan berikut :
 
      Tarikh : 29 JANUARI 2023
      Hari : AHAD
      Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengah hari
      Tempat : Dewan Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.  
 
Anda hendaklah mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa (MTS) bermula 30 Januari 2023 - 02 Februari 2023.