Welcome to POLYCC - TVET For All

Selamat Datang ke Portal Rasmi POLYCC

SEJARAH PENUBUHAN POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL, PTSN

Tanggal 1 April 2014 merupakan satu tarikh keramat di mana bermulanya satu organisasi penubuhan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Dengan tenaga kerja seramai 17 orang yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah politeknik serta staf sokongan, PTSN mula beroperasi di kampus sementara di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah memandangkan kampus tetap yang bertempat di Pagoh, Johor masih dalam pembinaan. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail mempunyai dua jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Petrokimia dan Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan dan dua jabatan sokongan iaitu Jabatan Matematik, Sains & Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Pada awalnya, PTSN hanya menawarkan dua program sahaja. Namun kini PTSN menawarkan enam program utama iaitu:

1. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia), DPE
2. Diploma Teknologi Makanan, DTM
3. Diploma Kejuruteraan Kimia, DCE
4. Diploma Teknologi Kimia (Lemak & Minyak), DFO
5. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi, DEI
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia), DPC
7. Program Asasi Teknologi Kejuruteraan

Bermula dari Disember 2014, nama Politeknik Pagoh Johor telah ditukar secara rasmi kepada Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN).

Hubungi Kami

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail,
Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, KM 1, Jalan Panchor, 84600 Pagoh, Muar, Johor

Got Questions? Call us

Pelawat

Pelawat sedang online0Minggu ini8Bulan ini459Jumlah pelawat123583Masa load web--
Tarikh akhir kemaskini : Oct 5, 2026 @ 2:20 pm