Welcome to POLYCC - TVET For All

Selamat Datang ke Portal Rasmi POLYCC

MukaDepanWebPTSN
SliderPedex4.0
Poster_Nexus_1600x900_PTSN_official_logo

Kemasukan ke 7 program TVET di bawah PTSN bagi melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan kompeten.

Membudayakan amalan hijau bagi melahirkan tenaga kerja 'kolar hijau', selaras dengan matlamat transformasi politeknik.

Pelbagai program dilaksanakan bersama rakan industri dalam semua bidang termasuklah Teknologi Digital dan bidang kejuruteraan.

Akses kepada data dan statistik bagi keseluruhan PTSN termasuklah peratus kebolehpasaran Graduan.

0

TAHUN
PENUBUHAN
PTSN

Mengenali PTSN

Hala Tuju
Transformasi PTSN

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berperanan sebagai pemacu perubahan dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta menjadi pemacu pembangunan negara.

Misi Visi Polycc2

0

PROGRAM

0

PENSYARAH

0

PELAJAR

0

ALUMINI

Program Pengajian

Pelbagai program menarik dengan yuran berpatutan ditawarkan oleh Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Semua program diiktiraf MQA, menawarkan peluang pekerjaan yang cerah serta laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Program Asasi

Program Asasi Teknologi Kejuruteraan ialah inisiatif untuk memberi peluang kepada lepasan SPM yang layak mengikuti program persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal sebagai seorang juruteknik proses dalam industri petroleum dan petrokimia yang merangkumi disiplin seperti operasi loji, servis peralatan dan penyelesaian masalah dalam proses loji. Pendekatan pembelajaran adalah secara teori dan praktikal di dalam bengkel, mini loji ,simulasi proses loji dan makmal.

Diploma Kejuruteraan Kimia

Diploma Kejuruteraan Kimia telah direkabentuk untuk memenuhi ruang disiplin terkini kejuruteraan kimia dan teknologi kimia. Ini akan memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam pembangunan kerjaya mereka.Program menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing selari dengan perkembangan teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) telah direkabentuk untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan untuk berkerja sebagai juruteknik dalam industry petroleum dan petrokimia. Program ini membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi pengoperasian loji, penyelenggaraan peralatan, pemeriksaan peralatan dan penyelesaian masalah sesebuah loji.

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi

Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi (Petrokimia) direka bentuk untuk menawarkan bidang kejuruteraan elektrik dan instrumentasi dengan pengkhususan dalam bidang petrokimia.Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam bidang elektrik, instrumentasi dan industri petrokimia.

Diploma Teknologi Makanan

Diploma Teknologi Makanan ibangunkan untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan, sektor kerajaan dan menjadi usahawan yang berjaya.

Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)

Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) dibentuk untuk melahirkan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam sub-bidang teknologi kimia, oleokimia serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal.

Aktiviti PTSN

Hubungi Kami

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail,
Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, KM 1, Jalan Panchor, 84600 Pagoh, Muar, Johor

Got Questions? Call us

Pelawat

Pelawat sedang online0Minggu ini8Bulan ini459Jumlah pelawat123583Masa load web--
Tarikh akhir kemaskini : Oct 5, 2026 @ 9:11 am