Mengenai Kami

PENGENALAN

Unit Pengurusan Psikologi PTSN merupakan unit yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam membangunkan modal insan khasnya kepada pelajar dan kakitangan PTSN. Perkhidmatan ini merupakan usaha yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu selain sebagai langkah penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan. Pelajar boleh menemui  Penyelaras Psikologi Jabatan masing- masing untuk berbincang  dan berkongsi maklumat secara objektif tentang masalah dihadapi yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik.


OBJEKTIF:

  1. Meningkatkan kesejahteraan warga PTSN.
  2. Meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan perkhidmatan dalam kalangan warga PTSN.
  3. Menjalankan aktiviti – aktiviti yang dapat membangunkan modal insan.


PERKHIDMATAN

  1. Bimbingan dan Kaunseling (peringkat jabatan)
  2. Pembimbing Rakan Siswa Politeknik

Carta Organisasi

 

Carta Alir

PRSP

PENGENALAN

PRSP merupakan sebuah kelab di bawah Unit Pengurusan Psikologi. Ahli PRSP adalah merupakan agen perubahan dalam kalangan pelajar. Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PRSP boleh membantu melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cergas, fizikal yang sihat dan akademik cemerlang. Selain itu, mereka juga membantu melahirkan pelajar yang berkerampilan, bertanggungjawab, mampu berinterasi secara baik melalui latihan yang diberikan. Penglibatan dalam PRSP juga ia merupakan salah satu kaedah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.

VISI
Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.


MISI
Melahirkan pelajar yang mempuyai jati diri yang tinggi
- Membolehkan pelajar bersikap lebih berkeyakinan dan berani menghadapi cabaran
- Sebagai agen ke arah perubahan positif pembimbing dalam kalangan pelajar.
- Membentuk kelompok pelajar yang tanggungjawab dan melaksanakann tugasan dengan professional, kreatif, inovatif dan effektif


KELEBIHAN PRSP

1.       Menguasai kemahiran membimbing rakan menggunakan pendekatan Psikologi & Kaunseling

2.       Mampu menguruskan program atau majlis

3.       Mempunyai ruang mempelajari modul-modul / aktiviti

4.       Mempunyai kemahiran "softskill' yang tinggi

 

PENYERTAAN
Terbuka kepada semua pelajar  


MOTO PRSP

 " BINA DIRI BANTU RAKAN"