Mengenai Kami

PENGENALAN
Unit Pembangunan Intruksional dan Multimedia (Unit for Instructional Development & Multimedia) atau UIDM berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan audio visual bagi keperluan warga PTSN sama ada untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) atau sebarang aktiviti dan majlis-majlis rasmi di PTSN.
 
Selain daripada itu, unit ini juga berfungsi membantu para pensyarah mengintegrasikan teknologi multimedia dalam P&P serta membimbing pensyarah mengaplikasikan teknologi multimedia dalam menghasilkan bahan P&P yang lebih efektif untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di PTSN sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.


FUNGSI UTAMA
A.PENGURUSAN PRODUKSI BAHAN P&P DAN BUKAN P&P BERASASKAN TEKNOLOGI  MULTIMEDIA
             • Urusan Produksi Bahan P&P Berasaskan Teknologi Multimedia
             • Urusan Produksi Bahan Bukan P&P Berasaskan Teknologi Multimedia

B.PENGURUSAN PENYEDIAAN PERKHIDMATAN DAN PERALATAN AUDIO/VISUAL
             • Urusan Penyediaan Perkhidmatan Audio/Visual
             • Urusan Pinjaman Peralatan Audio/Visual
 
C.PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DALAM APLIKASI TEKNOLOGI MULTIMEDIA
             • Urusan Perancangan Penglibatan Pensyarah Dalam Penggunaan Teknologi Multimedia
             • Urusan Penganjuran Sesi Bimbingan Dalam Aplikasi Teknologi Multimedia

D.URUSAN PENGARKIBAN BAHAN (HASILAN) AUDIO/VISUAL
             • Urusan Pengarkiban Bahan (Hasilan) Audio/Visual
             • Urusan Pengeluaran Bahan (Hasilan) Audio/Visual

E.URUSAN PENYELENGGARAAN PERALATAN
             •Urusan Penyelenggaraan Peralatan
 
F.PENGHASILAN VIDEO BAGI MEMENUHI KPI POLITEKNIK
             •Menghasilkan 6 Video Pelaporan untuk politeknik dalam setahun
             •Menghasilkan 4 Video Pembelajaran untuk politeknik dalam setahun

Carta Organisasi