Mengenai Kami

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di PTSN. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

 1. UNIT PENGAMBILAN & DATA

 Fungsi Unit Pengambilan & Data adalah seperti berikut:-

  • Mengurus proses permohonan kemasukan ke politeknik
  • Mengurus proses pendaftaran pelajar
  • Menyediakan & menguruskan kad matrik pelajar (kad pintar)
  • Menyimpan & menyelenggara rekod dan data pelajar (fail peribadi)
  • Mengurus permohonan pergerakan pelajar. (pertukaran program/pertukaran politeknik/penangguhan/pertukaran jenis program dan pemberhentian pengajian) **

** Nota:

  1. Permohonan pertukaran politeknik boleh dibuat SELEPAS 2 bulan mendaftar atas sebab kesihatan dan ianya tertakluk kepada kekosongan tempat di politeknik tersebut.
  2. Permohonan pertukaran program atau jenis program bagi pelajar semester satu boleh dibuat DALAM TEMPOH 1 bulan mendaftar (dari tarikh rasmi pendaftaran pertama politeknik) tertakluk kepada kelayakan akademik pelajar dan kekosongan tempat. 

2. UNIT KEBAJIKAN & DISIPLIN

Fungsi Unit Kebajikan & Disiplin adalah seperti berikut:-

  • Menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar.
  • Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), serta kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar.
  • Bertindak sebagai urus setia tatatertib pelajar yang memantau disiplin dan perlakuan sosial pelajar.

3. UNIT SUKAN & KOKURIKULUM

Kokurikulum di politeknik meliputi segala kegiatan di luar bilik darjah seperti polibriged, sukan, pasukan uniform, kelab dan persatuan. Ia merupakan satu bidang pembelajaran yang menekan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.

Bahagian Sukan

  • Menguruskan aktiviti dan program sukan yang melibatkan pelajar.
  • Mengumpul maklumat sukan pelajar yang boleh diketengahkan di peringkat IPT.
  • Memastikan kemudahan dan peralatan sukan disediakan dan diselenggarakan dengan baik dan berkesan

Pelaksanaan pengurusan disiplin pelajar PSA adalah tertakluk kepada Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976), Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Garis Panduan Sistem Mata dan Bonus.

Objektif Kualiti Disiplin

Memastikan peratusan pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib kurang daripada 1% dalam satu tahun di mana tindakan tatatertib ini hanya merujuk kes yang melibatkan prosiding atau didakwa oleh mahkamah luar melalui peruntukan akta.

Mana-mana pelajar yang dituduh atas suatu kesalahan jenayah, maka tindakan penggantungan politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(1) Akta 174 dan sekiranya pelajar didapati bersalah maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(2) akta yang sama.

Jika pelajar ditahan atau dikenakan apa-apa perintah sekatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pencegahan atau keselamatan dalam negeri maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(3) Akta 174.

Pendaftaran Pelajar Baharu

Sukacita dan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya mendapat tawaran pengajian di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

Penting:-

1. Sila pastikan anda telah membuat “setuju terima tawaran” dan menghantar dokumen Borang Jawapan Tawaran (BJT) kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PTSN.

2. Maklumat Am dan Panduan Pendaftaran haruslah dibaca dengan teliti oleh calon dan ibu bapa/ penjaga sebelum meneruskan proses pendaftaran bagi mengelakkan keciciran maklumat dan kesilapan proses. 

3. Calon adalah disarankan untuk menyelesaikan Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) terlebih dahulu sebelum membuat bayaran yuran pengajian. Ini adalah bagi memastikan calon adalah TIDAK BUTA WARNA bagi mengikuti program yang berikut:-

a. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

b. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi

c. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)

d. Diploma Kejuruteraan Kimia

e. Diploma Teknologi Makanan

Sekiranya calon didapati BUTA WARNA, calon hendaklah memaklumkan kepada pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (06-9742219/ 06-9742218) untuk tindakan selanjutnya.

4. Adalah dimaklumkan, bagi Pemeriksaan Kesihatan (rujuk BHEP 2) , Ujian X-Ray Dada adalah tidak diperlukan melainkan ada indikasi perubatan yang mewajarkan dilakukan ke atas calon pelajar.

5. Sila pastikan status BJT-JPP DITERIMAdan tiada isu buta warna (bagi program berkenaan) SEBELUM meneruskan bayaran YURAN PENGAJIAN.

6. Jika BJT anda BELUM DITERIMA setelah 7 hari bekerja dokumen tersebut di pos, sila emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

 

Carta Organisasi