Latar Belakang

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PETROKIMIA)

PENGENALAN

Sejak beberapa dekad yang lalu, industri di Malaysia telah berkembang pesat. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dirangka berdasarkan keperluan semasa dunia dan bagi membolehkan Malaysia kekal bersaing dalam pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bekerjasama dengan pemain industri utama dalam negara untuk membangunkan kurikulum.

Satu faktor penting ke arah pertumbuhan produktiviti ialah mempunyai tenaga kerja berkelayakan dan berbakat agar industri dapat membangun dan kekal berdaya saing di pasaran dunia. Hal yang sama dapat diperhatikan dalam industri yang mempunyai permintaan tinggi terhadap tenaga kerja yang cekap dan mahair bidang teknikal. Aktiviti yang dijalankan oleh kebanyakan industry menyebabkan berlaku peningkatan permintaan juruteknik dalam bidang kejuruteraan, terutamanya bidang kejuruteraan petrokimia.

Bahagian Penilaian dan Pembangunan Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik telah memperkenalkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) di politeknik. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam industri petrokimia. Bagi memastikan kandungan kurikulum memenuhi keperluan industri, beberapa wakil industri berkaitan telah terlibat dalam proses pembangunan kurikulum.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) di politeknik dibangunkan untuk memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek teori dan praktikal. Program ini akan mengambil masa enam semester untuk dihabiskan. Pelajar akan menjalani latihan industri selama satu semester pada semester akhir industri berkaitan.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) dirangka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal sebelum bekerja sebagai juruteknik loji dalam industri petroleum dan petrokimia. Program diploma ini meliputi bidang operasi loji, servis peralatan dan penyelesaian masalah. Pendekatan bagi program ini merangkumi pengetahuan teori serta amali dalam bengkel, latihan loji mini, proses simulasi loji dan makmal.

 

Prospek Kerjaya

Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang kejuruteraan petrokimia yang boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai kerjaya bagi bidang ini. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar melalui program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai :

  • Juruteknik Penyelenggaran Loji Petrokimia

  • Penyelia Penyelenggaraan (Minya & Gas)

  • Juruteknik Servis

  • Juruteknik Mekanikal Am

  • Pembantu Jurutera

  • Jurutera Jualan

 

Carta Organisasi

  Update : April 2024

Kemudahan Fasiliti

Senarai fasiliti, bengkel dan makmal yang digunakan oleh para pelajar dibawah program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) adalah seperti berikut:

Bengkel Projek   Makmal Petrokimia   Bengkel Gegas dan Mesin
     
         
Bengkel Peralatan Petrokimia   Bengkel Mekanik Bendalir dan Termodinamik   Makmal Teknologi Elektrik
   
         
Bengkel Pneumatik dan Hidraulik   Bengkel Kimpalan   Makmal CAD
   

   

PEO & PLO

 PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO) AND PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)