Latar Belakang

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN INSTRUMENTASI

PENGENALAN

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi dibangunkan untuk memberi penekanan terhadap keseimbangan aspek teori dan praktikal. Hal ini, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) yang bertujuan membangunkan modal insan yang inovatif dan kreatif melalui pemadanan bakat dengan kepakaran dengan permintaan pasaran, Rancangan Malaysia Ke-11 pula telah dirangka bagi menghasilkan 60% daripada 1.5 juta pekerja dalam sektor TVET.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bekerjasama dengan pemain industri utama dalam negara untuk membangunkan kurikulum bagi memenuhi perkembangan permintaan dalam sektor TVET.

Program ini akan mengambil masa selama enam semester; lima semester akademik di politeknik masing-masing dan pada semester terakhir, pelajar akan menjalani latihan industri di insdustri yang berkaitan. Program ini memenuhi keperluan dan syarat Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi direka untuk melahirkan graduan holistik yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cekap dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk memenuhi permintaan pekerja dalam sektor kejuruteraan. Struktur program memberi tumpuan kepada bidang Elektrik Kuasa, Reka Bentuk Perisian dan Perkakasan, Instrumentasi, Mesin & Pemacu, Pengukuran, Keselamatan, Elektronik dan Petrokimia.

 

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar melalui program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Pembantu Jurutera

  • Penolong Teknikal

  • Penolong Pengurus Perkhidmatan

  • Penasihat Perkhidmatan

  • Penyelia

  • Juruteknik

  • Pengajar atau Pensyarah Teknikal

  • Eksekutif atau Jurutera Jualan Teknikal

  • Usahawan

 

Carta Organisasi

  Update : April 2024

Kemudahan Fasiliti

Senarai fasiliti, bengkel dan makmal yang digunakan oleh para pelajar dibawah program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi adalah seperti berikut:

 

Smart Classroom   Makmal Instrumentasi dan Kawalan   Makmal Teknologi Elektrik & Elektronik
     
         
Makmal Elektronik Digital   Makmal Teknologi Elektrik   Makmal CAD
   

 

 

 

 

 

 

 

PEO & PLO

 PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO) AND PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)