Perkongsian maklumat adalah kumpulan jawapan yang dikategorikan untuk soalan lazim (FAQ) dan artikel. Anda boleh membaca artikel dalam kategori ini atau memilih subkategori yang anda minati.
Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan.
Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik |
Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa
Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa |
Langkah Keselamatan Dalam Litar
1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus
guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus |
Tindakan Keselamatan
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah
Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket |
Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans
Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa |
Powered by Help Desk Software HESK, in partnership with SysAid Technologies